Tutorial Canva (Pengiklanan Produk)

22 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Tutorial Canva mengenai cara Pengiklanan Produk di laman Facebook PEDi PPR Seduan Rantau Panjang. Dengan adanya perkongsian video ini dapat membantu kepada sesiapa yang ingin mula membuat iklan produk secara atas talian dengan mudah dan menarik. Selain itu, melalui video ini yang telah di muatnaik turut menunjukkan tutorial setiap langkah agar peserta yang menonton faham dan jelas ilmu yang hendak disampaikan. Terdapat tutorial yang menarik dilakukan seperti cara memilih templat yang sesuai dengan produk yang ingin dijual kepada pembeli supaya agar lebih menarik minat pembeli. Secara konklusinya, video Tutorial Canva Pengiklanan Produk ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada peserta terutamanya kepada yang ingin berniaga secara atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali