Advokasi Kawal Jejak Digital Anda
23 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniPada Rabu 22 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Perkongsian Advokasi Kawal Jejak Digital Anda melalui Facebook. Sepanjang program tersebut, masyarakat telah diberikan pendedahan mengenai cara menguruskan mengawali Jejak Digital peranti sendiri bagi membuatkan kata laluan yang kukuh supaya tidak senang dibuka atau digodam oleh induvidu yang tidak bertanggungjawab. Selain daripada itu juga, masyarakat diberi penjelasan tentang kepentingan cara mengurus dan mengawal jejak digital sendiri bagi kepentingan masyarakat dialam siber. Selain itu, kesan-kesan dan langkah untuk berinteraksi dan berkomunikasi di internet secara berhemah turut diterapkan kepada masyarakat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: