Bahayanya Buli Siber

23 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis 23 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas mengenai Bahayanya Buli Siber dengan adik Melissa yang merupakan ahli PEDi. Sepanjang program tersebut, Adik Melissa telah diberi sedikit penerangan berkaitan dengan buli siber dimana generasi pada masa kini banyak menghabiskan masa di atas talian dengan wujudnya internet. Selain daripada itu juga, adik Melissa diberi penjelasan tentang beberapa jenis buli siber seperti mesej yang menganggu dan mengancam, menyalagunakan kata laluan atau menyamar, memuat naik komen yang berbaur hasutan dan lain. Adik Melissa turut diberi pengetahuan tentang perbandingan buli siber dengan jenis buli yang lain. Selain itu, kesan-kesan dan langkah untuk membendung buli siber turut diterangkan sepanjang perkongsian tersebut. Sebagai tambahan Melissa turut diingatkan untuk mengetahui apakah tip pencegahan untuk mengelakkan buli siber berlaku disamping menjaga etika ketika menggunakan kemudahan yang terdapat di internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali