Train the Trainer (TTT) : Autocrat (e-Sijil) Manager PEDi Maxis

24 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengikuti Train The Trainer (TTT) Autocrat (e-sijil) Manager PEDi Maxis yang diadakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Autocrat adalah alat penggabungan dokumen atau Merge Tools pelbagai guna yang membolehkan pengguna untuk mengambil data dari hamparan dan menggabungkannya menjadi dokumen melalui templat yang telah disediakan atau ditetapkan. Kebiasaanya Autocrat ini kerap kali digunakan dalam kalangan guru atau tenaga pengajar untuk memudahkan mereka dalam menghasilkan sijil kepada peserta. Train The Trainer (TTT) Autocrat (e-sijil) Manager PEDi Maxis ini telah diadakan selama 2 jam bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali