Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang STEM

28 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengikuti Program Webinar Akses dan Keselamatan Internet Memperkasa Wanita Malaysia Dalam Bidang STEM. Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat. Faedah dan ilmu yang diperoleh dari sesi perbincangan tersebut boleh digunakan oleh para pegawai PEDi bagi memberikan taklimat kepada komuniti setempat berkaitan keselamatan siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali