Kelas Microsoft Words (Surat Rasmi)

8 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 7 September 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Words. Tiga orang budak sekolah iaitu ahli PEDi yang menyertai kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Kelas Microsoft Words ini juga dapat sedikit sebanyak memberi mereka pengetahuan tentang Microsoft Words Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada mereka bertiga serta berharap semoga kelas yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali