Tutorial Canva (Sijil & Kad Nama)

11 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Tutorial Canva (Sijil & Kad Nama) di laman Facebook Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang. Tutorial ini sangat membantu kepada masyarakat yang ingin membuat sijil penyertaan sesuatu program dan membuat kad nama bagi sesebuah premis dan sebagainya secara atas talian dengan lebih menarik dan memudahkan masyarakat. Selain itu, tutorial kali ini turut menunjukkan setiap langkah agar peserta yang menonton faham dan jelas ilmu yang hendak disampaikan. Secara konklusinya, Tutorial Canva ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada masyrakat terutamanya kepada yang ingin membuat sijil atau kad nama di atas talian yang lebih menyenangkan tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali