Program Taklimat Dan Latihan Memadam Kebakaran

23 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu 22 Oktober 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang bersama para petugas PEDi bahagian Sibu telah mengikuti program taklimat dan latihan memadam kebakaran bertempat di Balai Bomba Sibu Jaya. Tujuan program ini diadakan untuk melatih dan memberi pengetahuan kepada petugas PEDi cara awal memadam api kebakaran seperti mengunakan alat pemadam api.

Program ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengetahuan kepada ahli petugas PEDi tentang cara memadam kebakaran. Program ini berlangsung selama 3 jam dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pihak PEDi PPR Seduan dan petugas PEDi bahagian Sibu amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Bomba Sibu Jaya kerana berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap program dan latihan memadam kebakaran yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali