Advokasi Perkongsian Secara Berlebihan
29 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPada Rabu 28 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Program Advokasi Perkongsian Secara Berlebihan. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menambah pengetahuan mereka tentang Perkongsian Secara Berlebihan. Program ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengetahuan. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap program advokasi Perkongsian Secara Berlebihan yang disampaikan bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: