Kelas E-Dagang Shopee
14 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada Rabu 13 Julai 2022, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kelas e-Dagang Shopee bersama usahawan PEDi ini dengan tujuan untuk ushawan mengenali cara-cara penjualan produk dan juga memahami dan mempelajari segala proses dari memuatnaik produk sehinggalah menghantar pesanan kepada pembeli melalui atas talian. Antara yang dapat dipelajari oleh usahawan sepanjang kelas ini berlangsung ialah cara untuk membuka akaun Shopee, memilih nama yang sesuai untuk produk, belajar cara untuk menimbang berat dan bungkusan produk dengan betul untuk mengelakkan kerugian sebelum dihantar kepada pelanggan dan cara pengeposan produk.
Di samping itu, untuk memudahkan usahawan melihat dan merekod proses transaksi kewangan yang berlaku di kedai sendiri, turut diajar juga ialah cara untuk memasukkan nombor akaun bank di Shopee. Ini adalah usahwan dapat melakukan pemindahan wang ke akaun bank daripada akaun shopee dan juga untuk memudahkan usawhan untuk melihat sejarah transaksi yang berlaku sepanjang melakukan jualan di Shopee kelak. Semoga ilmu yang diajar sepanjang kelas ini berlangsung akan dapat membantu usahawan-usahawan baru untuk menambah pendapatan mereka melalui e-Dagang kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: