Kelas Asas Microsoft Office Word- Menaip Karangan Keluarga Saya

12 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 11 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Office Word. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menambah kemahiran menaip. Kelas ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan meningkatkan kemahiran menaip peserta.

Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap kelas asas Microsoft Office Word – Menaip Karangan Keluarga Saya yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali