Advokasi Maklumat Palsu
16 Mac 2023 | Aktiviti TerkiniPada Rabu 15 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Program Advokasi Maklumat Palsu. Tujuan program ini diadakan ialah mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menambah pengetahuan mereka tentang Maklumat Palsu yang semakin hari semakin menular. Program ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta.
Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap program advokasi Maklumat Palsu yang disampaikan bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: