Program Hari Bersama Usahawan dan Komuniti Rantau Panjang

27 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad 26 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah menghadiri dan terlibat dengan Program Hari Bersama Usahawan dan Komuniti Rantau Panjang. Tujuan program ini diadakan untuk memberi penerangan dengan lebih terperinci kepada ahli usahawan berkenaan dengan platform digital seperti Shopee untuk mempromosikan produk atau hasil jualan mereka.

Program ini banyak memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta cara pemasaran produk mereka dan memperkenalkan mereka dengan platform digital yang semakin maju kini. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah Sibu Digital Innovation Hub iaitu TS En Syamil , Pegawai MCMC iaitu En. Sarani , Pegawai Maxis Puan Noorly dan Puan Siti, Pegawai Pejabat Daerah Sibu iaitu Puan Mitchell, Pegawai KWSP , Pihak BSN iaitu Puan Sucy dan komuniti Rantau Panjang. Program ini berlangsung selama 6 jam 30 minit dari pukul 8.00 pagi hingga 2.30 petang. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan program Hari bersama Usahawan Dan Komuniti Rantau Panjang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali