Kelas ICT – Pengenalan Asas Aplikasi TIKTOK

9 Mac 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 8 Mac 2023, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT iaitu Pengenalan Asas Aplikasi TIKTOK. Tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar peserta tentang aplikasi TIKTOK dan cara yang betul untuk mereka akses aplikasi TIKTOK. Kelas ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan meningkatkan kemahiran peserta mengenai aplikasi TIKTOK. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap Kelas ICT Pengenalan Asas Aplikasi TIKTOK yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali