Advokasi Penipuan Kewangan

25 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat 24 Februari 2023, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Program Advokasi Penipuan Kewangan. Tujuan program ini diadakan ialah mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menambah pengetahuan mereka tentang gejala Penipuan Kewangan yang semakin berleluasa ketika ini. Program ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap program advokasi Penipuan Kewangan yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali