Kelas ICT – Asas Microsoft Office Powerpoint

26 Januari 2023 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu 25 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Kelas ICT - Asas Microsoft Office Powerpoint. Tujuan kelas ini diadakan ialah mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menambah kemahiran mengunakan Microsoft Office Powerpoint. Kelas ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan meningkatkan kemahiran peserta. Kelas ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 2.00 petang hingga 3.30 petang. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap Kelas ICT Asas Microsoft Office Powerpoint yang disampaikan bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali