Kemaskini Akaun SPA9i Secara Online Dan Advokasi
19 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada Rabu 18 Januari 2023, Pusat Ekonomi Digital PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Program Kemaskini Akaun SPA9i Secara Online Dan Advokasi. Tujuan program ini diadakan untuk mengajar peserta cara kemaskini Akaun SPA9i secara online. Program ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan meningkatkan kemahiran peserta tentang laman web SPA9i online untuk mecari kerja kosong di sektor kerajaan.
Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap Program Kemaskini Akaun SPA9i Secara Online Dan Advokasi yang disampaikan bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: